Rabu, 26 Ogos 2009

Majlis Penghayatan Ramadhan Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah


Assalamualaikum wmt.....


Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang dikhususkan oleh Allah SWT untuk umat Muhammad s.a.w bagi melaksanakan ibadat puasa selama sebulan sebagai menyempurnakan rukun Islam yang ke -3. Bulan ini juga merupakan bulan ibadah dan satu peluang keemasan untuk umat Islam bagi mempertingkatkan ketakwaan kepada-Nya. Kemunculan bulan Ramadhan seharusnya dinantikan dan disyukuri oleh umat Islam. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud "Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan".Maka dengan itu, bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah menambil inisiatif dengan menganjurkan Majlis Penghayatan Ramadhan Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah yang telah di adakan di Masjid Al-Islah, Bandar Baru Beris Jaya Sik, Kedah. Antara objektif program tersebut adalah mengajak golongan muda membuat persiapan lengkap bagi menghadapi kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan menghormati dan mensyukuri kesuciannya serta mengajak golongan muda khasnya dan masyarakat amnya untuk menghayati dan memahami intipati Al-Quran sebagai panduan hidup yang lengkap dengan mempertingkatkan kefahaman ke atas kandungannya.Seramai 700 orang peserta dari seluruh negeri Kedah menghadiri majlis ilmu ini. Majlis diisi dengan slot ceramah Fadhilat Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Ahmad Faisol bin Haji Omar (Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu). Antara pengisian lain adalah Solat Zohor berjemaah serta Solat Sunat Hajat (Hindar H1N1), Persembahan Nasyid, bacaan ayat suci Al-Quran oleh Qari jemputan serta program khidmat masyarakat selepas solat Asar.Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah; Tuan Haji Aziz bin Haji Hamid. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak dalam menjayakan Majlis Penghayatan Ramadhan Rakan Muda ini......Sekian, Wassalam






Pertadingan Bowling Rakan Muda Peringkat Daerah Sik 2009



Tarikh :- 14.Ogos.2009

Tempat :- Ampang point, Central Square Sg. Petani


Anjuran :- Persatuan Belia Sepakat Kg.Charok Damar kerjasama belia Felda Teloi Timur dan

Kelab Rakan Muda Sik




Ahad, 23 Ogos 2009

Program Intergrasi Nasional Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda peringkat Negeri Kedah 2009...ke Sabah

PROGRAM INTERGRASI NASIONAL
ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)
SUKARELAWAN KEDAH / SABAH 2009
TARIKH :9 HINGGA 13 OGOS 2009
TEMPAT : NEGERI SABAH

Ahad, 9 Ogos 2009

xpdc Gunung Bintang







Bertemu lagi, setelah beberapa lama terhenti untuk menulis di blog nie, so sambung balik untuk menceritakan, memaparkan, aktiviti2 @ program yang telah dijalankan untuk tatapan pelawat2 blog sekalian..... Pada 30 Julai - 1 Ogos lepas kita telah mengadakan 1 xpdc Mendaki Gunung Bintang anjuran Kelab Rakan Muda Sik. Seramai 30 orang terdiri daripada ajk dan ahli kelab rakan muda telah berjaya menawan gunung tersebut....syabas diucapkan!!
emm sume bertolak dari Sik pada Pukul 3.00 petang menaiki bas. Sampai di tapak khemah pada pkul 5 ptg. Setelah diberi taklimat ringkas, sume mendirikan khemah dan memasak untuk makan malam....... cuma Penggerak Rakan Muda je lambat sampai sikit....
Tepat jam 9 mlm, taklimat pendakian oleh jurupandu dan jurulatih..... Alhamdulillah, sume berjalan lancar untuk hari pertama...................
Suma bangun awal pagi (31 Julai 2009). Lepas Solat Subuh, wat sarapan pagi. Berkemas dan membuat persiapan akhir sebelum pendakian... Tepat jam 9.30pg, waktu Malaysia, selepas warmup, maka bermulalah pendakian. Pendakian pertama adalah berjalan sejauh 3km jalan tar sebelum memasuki track hutan. Tu pun ada yg semput...mn taknye, bukit 45 drjah....huhuhu.
Stelah berehat, pendakian diteruskan dengan menyusuri track balak. Check point pertama berehat di Sungai Kecik, makan tgahari kat situ setelah berjalan hampir 1jam setengah, sume dah masak n bungkus je... keadaan time ni memang xleh nak digambarkan dengan kata2...huhuhu, maklumlah, letih, lapar, kalu jmpa makanan....bayangkanla......
lepas refil air botol hok kosong tu ngan air sungai yg jernih cam air ais tu, perdakian diteruskan.. melalui bukit senyum, sume pendaki senyum je dan menghiburkan hati masing2 agar letih x terasa... tepat jam 2.11minit petang, sume pendaki selamat tiba di waterfall (Tempat berkhemah) dalam keadaan yang letih dan peluh mencurah2...haahaa....tapi setelah lihat air terjun yang tinggi dan tempat yang nyaman tu, hilang sume letih.... Betapa indahnya ciptaan Yang Esa. Sume dirikan khemah, bersihkan diri, bersolat.....rehat. ada sesetengahnya dah mula masak, lapo..... Aktiviti untuk malam adalah penghayatan malam dan sesi konsert bersama cikgu Din yang ditaja oleh Kacip Emas....huhuhu. Hanya para pendaki saja yang tahu maksud tersirat disebalik konsert tersebut...... alhamdulillah, malam tu kami sume tidak diuji dengan cuaca, cuaca sangat baik dan tidak mencemburui kami sume.... Semakin malam larut, semakin kuat angin sejuk mencucuk2 tulang..
Selamat pagi.......ada sesetengahnya dah mandi seawal jam 5pg....adusss sejuknye..gggrrrrrr....tp sesetengahnye saja yg tahan lama dlm air, hok lain x sampai 5minit dah balut badan ngan kain tuala...ooooo x tahan sejuk weh... slaps solat subuh, wat sarapan pagi...... pendakian tidak dapat diteruskan ke puncak kerana cuaca tidak mengizinkan. so, siap beg untuk turun...... Perjalanan menuruni gunung itu hanya memakan masa 2 jam setengah sahaja.....tapi kepada sesapa pertama kali menempuh pengalaman ini, fuh teruk jugala.......
Kepada abg2 jurupandu, Jurulatih, penggerak rakan muda dan sume yang terlibat secara langsung dan x langsung, jutaan terima kasih diucapkan bagi menjayakan xpdc ini.....
alhamdulillah...sume selamat dan beazam akan kembali tawan gunung bintang lagi insyaallah..... wassalam.