Assalamualaikum wmt.....
Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang dikhususkan oleh Allah SWT untuk umat Muhammad s.a.w bagi melaksanakan ibadat puasa selama sebulan sebagai menyempurnakan rukun Islam yang ke -3. Bulan ini juga merupakan bulan ibadah dan satu peluang keemasan untuk umat Islam bagi mempertingkatkan ketakwaan kepada-Nya. Kemunculan bulan Ramadhan seharusnya dinantikan dan disyukuri oleh umat Islam. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud "Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan".Maka dengan itu, bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah menambil inisiatif dengan menganjurkan Majlis Penghayatan Ramadhan Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah yang telah di adakan di Masjid Al-Islah, Bandar Baru Beris Jaya Sik, Kedah. Antara objektif program tersebut adalah mengajak golongan muda membuat persiapan lengkap bagi menghadapi kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan menghormati dan mensyukuri kesuciannya serta mengajak golongan muda khasnya dan masyarakat amnya untuk menghayati dan memahami intipati Al-Quran sebagai panduan hidup yang lengkap dengan mempertingkatkan kefahaman ke atas kandungannya.Seramai 700 orang peserta dari seluruh negeri Kedah menghadiri majlis ilmu ini. Majlis diisi dengan slot ceramah Fadhilat Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Ahmad Faisol bin Haji Omar (Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu). Antara pengisian lain adalah Solat Zohor berjemaah serta Solat Sunat Hajat (Hindar H1N1), Persembahan Nasyid, bacaan ayat suci Al-Quran oleh Qari jemputan serta program khidmat masyarakat selepas solat Asar.Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah; Tuan Haji Aziz bin Haji Hamid. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak dalam menjayakan Majlis Penghayatan Ramadhan Rakan Muda ini......Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan