Selama 2 minggu atas laut, beruntung kepada siapa yang dapat peluang ini, harap lepas nih ramailahhh akan berminat untuk turut serta mengikuti Program KLD TUNAS SAMUDERA VOYAGE 241/09 ...
terima kasih tidak dapat dilupakan Pegawai belia dan sukan daerah sik En Zailan, En. Sempo, Kak Asmida kerana banyak memberi sokongan... Alhamdulilah banyak pengalaman yang dapat sepanjang program tersebut
banyak lagi pic t leh la ke facebook KLD TUNAS SAMUDERA Voyage 241/09
dan blog mirul 9w2axs.blogspot
Rabu, 25 November 2009
Isnin, 23 November 2009
KURSUS ASAS SUKARELAWAN MUDA RELA SIRI 1/2009
'SETIA BERBAKTI'
Itulah teriakan semasa majlis penutupan Kursus Asas Sukarelawan Muda Rela Siri 1/2009 yang telah diadakan di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang Melaka. Seramai 4 orang peserta dari Daerah Sik telah terpilih untuk program ini. Pelbagai aktiviti dan latihan telah dijalankan termasuk latihan kawad kaki dan latihan menembak.
Seawal jam 6.30pg para peserta sudah terpacak di padang kawad bagi menyanyikan lagu Negaraku, Ikrar dan Lagu RELA. Para peserta amat bertuah kerana berpeluang menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Pusat Latihan Wilayah Utara, Bukit Selambau. Antara senjata yang digunakan adalah ShotGun (Senapang Patah), M-16 dan Pistol. Peserta menggunakan peluru hidup untuk latihan tersebut. Walaupun hanya 1 minggu berada di Bukit Selambau, Kedah dan Sungai Udang, Melaka ini merupakan pengalaman yang amat berharga bagi peserta2 kursus ini....secara automatiknya kami semua menjadi ahli RELA.
Yang bestnye, geng pompuan sume jadi Dayang Senandung, maklumlah kena berjemur di tengah panas...huhuhu.....
Bagi Jurulatih dan cikgu2 di Pusat latihan RELA Wilayah Utara, kami semua mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kerana mencurahkan ilmu dan panduan kepada kami semua. Segala Jasa dan Pengorbanan semua tidak akan kami lupakan.........
Rabu, 4 November 2009
Kejohanan Futsal Piala Pengarah
JPJ Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan daerah Sik akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Pengarah pada 6 - 7 November 2009 bertempat di Gelanggang Pelbagai Guna (Multispot) Keda Zon IV Sik.
Hadiah wang tunai (RM) + Medal.
Hadiah wang tunai (RM) + Medal.
Isnin, 12 Oktober 2009
Karnival Sukan Kelab Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah 2009
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Karnival Sukan Kelab Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda baling yang akan diadakan pada 15 - 16 Oktober 2009. Oleh demikian, Kelab Rakan Muda Sik telah memilih beberapa ahli kelabnya untuk menyertai sukan tersebut. Kelab ini telah menghantar 2 team untuk Sukan Futsal dan Bola Jaring.
Semoga team Kelab Rakan Muda Sik membawa balik kejayaan.....amin.
Kami semua menyokong perjuangan kalian.....
Majlis Sah Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Sik 2009
Pada 14 September lalu, Pejabat Belia dan Sukan telah menganjurkan Program Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat daerah 2009. Seramai 200 Orang peserta telah menyertai program tersebut yang telah diadakan di Masjid Al-Maarif, Jeneri dan dirasmikan oleh YB Mohd Tajudin bin Abdullah (ADUN Belantik). Antara objektif program ini adalah menggalakkan anak muda dan golongan belia untuk menjadikan Ramadhan sebagai titik tolak untuk mempertingkatkan sahsiah dan meninggalkan amalan yang tidak berfaedah dan dimurkai Allah SWT. 10 buah masjid dan surau telah dipilih untuk menjalankan tadarus sepanjang Bulan ramadhan......antaranya :
1. Masjid Al-maarif
2. Masjid Al-halimi
2. Masjid Al-halimi
3. Masjid An- Nur
4. Masjid Al-A'la
5. Masjid Al-Islah.
5. Masjid Al-Islah.
6. Masjid Al-Ehsan
7. Surau Pusat Latihan Keda
8. Surau Rumah Gemilang
9. Surau IKM Sik
10. Surau SMK Chepir.
Terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan program ini.....
Rabu, 26 Ogos 2009
Majlis Penghayatan Ramadhan Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah
Assalamualaikum wmt.....
Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang dikhususkan oleh Allah SWT untuk umat Muhammad s.a.w bagi melaksanakan ibadat puasa selama sebulan sebagai menyempurnakan rukun Islam yang ke -3. Bulan ini juga merupakan bulan ibadah dan satu peluang keemasan untuk umat Islam bagi mempertingkatkan ketakwaan kepada-Nya. Kemunculan bulan Ramadhan seharusnya dinantikan dan disyukuri oleh umat Islam. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud "Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan".Maka dengan itu, bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah menambil inisiatif dengan menganjurkan Majlis Penghayatan Ramadhan Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah yang telah di adakan di Masjid Al-Islah, Bandar Baru Beris Jaya Sik, Kedah. Antara objektif program tersebut adalah mengajak golongan muda membuat persiapan lengkap bagi menghadapi kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan menghormati dan mensyukuri kesuciannya serta mengajak golongan muda khasnya dan masyarakat amnya untuk menghayati dan memahami intipati Al-Quran sebagai panduan hidup yang lengkap dengan mempertingkatkan kefahaman ke atas kandungannya.Seramai 700 orang peserta dari seluruh negeri Kedah menghadiri majlis ilmu ini. Majlis diisi dengan slot ceramah Fadhilat Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Ahmad Faisol bin Haji Omar (Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu). Antara pengisian lain adalah Solat Zohor berjemaah serta Solat Sunat Hajat (Hindar H1N1), Persembahan Nasyid, bacaan ayat suci Al-Quran oleh Qari jemputan serta program khidmat masyarakat selepas solat Asar.Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah; Tuan Haji Aziz bin Haji Hamid. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak dalam menjayakan Majlis Penghayatan Ramadhan Rakan Muda ini......Sekian, Wassalam

Pertadingan Bowling Rakan Muda Peringkat Daerah Sik 2009
Ahad, 23 Ogos 2009
Program Intergrasi Nasional Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda peringkat Negeri Kedah 2009...ke Sabah
PROGRAM INTERGRASI NASIONAL
Ahad, 9 Ogos 2009
xpdc Gunung Bintang
Bertemu lagi, setelah beberapa lama terhenti untuk menulis di blog nie, so sambung balik untuk menceritakan, memaparkan, aktiviti2 @ program yang telah dijalankan untuk tatapan pelawat2 blog sekalian..... Pada 30 Julai - 1 Ogos lepas kita telah mengadakan 1 xpdc Mendaki Gunung Bintang anjuran Kelab Rakan Muda Sik. Seramai 30 orang terdiri daripada ajk dan ahli kelab rakan muda telah berjaya menawan gunung tersebut....syabas diucapkan!!
emm sume bertolak dari Sik pada Pukul 3.00 petang menaiki bas. Sampai di tapak khemah pada pkul 5 ptg. Setelah diberi taklimat ringkas, sume mendirikan khemah dan memasak untuk makan malam....... cuma Penggerak Rakan Muda je lambat sampai sikit....
Tepat jam 9 mlm, taklimat pendakian oleh jurupandu dan jurulatih..... Alhamdulillah, sume berjalan lancar untuk hari pertama...................
Suma bangun awal pagi (31 Julai 2009). Lepas Solat Subuh, wat sarapan pagi. Berkemas dan membuat persiapan akhir sebelum pendakian... Tepat jam 9.30pg, waktu Malaysia, selepas warmup, maka bermulalah pendakian. Pendakian pertama adalah berjalan sejauh 3km jalan tar sebelum memasuki track hutan. Tu pun ada yg semput...mn taknye, bukit 45 drjah....huhuhu.
Stelah berehat, pendakian diteruskan dengan menyusuri track balak. Check point pertama berehat di Sungai Kecik, makan tgahari kat situ setelah berjalan hampir 1jam setengah, sume dah masak n bungkus je... keadaan time ni memang xleh nak digambarkan dengan kata2...huhuhu, maklumlah, letih, lapar, kalu jmpa makanan....bayangkanla......
lepas refil air botol hok kosong tu ngan air sungai yg jernih cam air ais tu, perdakian diteruskan.. melalui bukit senyum, sume pendaki senyum je dan menghiburkan hati masing2 agar letih x terasa... tepat jam 2.11minit petang, sume pendaki selamat tiba di waterfall (Tempat berkhemah) dalam keadaan yang letih dan peluh mencurah2...haahaa....tapi setelah lihat air terjun yang tinggi dan tempat yang nyaman tu, hilang sume letih.... Betapa indahnya ciptaan Yang Esa. Sume dirikan khemah, bersihkan diri, bersolat.....rehat. ada sesetengahnya dah mula masak, lapo..... Aktiviti untuk malam adalah penghayatan malam dan sesi konsert bersama cikgu Din yang ditaja oleh Kacip Emas....huhuhu. Hanya para pendaki saja yang tahu maksud tersirat disebalik konsert tersebut...... alhamdulillah, malam tu kami sume tidak diuji dengan cuaca, cuaca sangat baik dan tidak mencemburui kami sume.... Semakin malam larut, semakin kuat angin sejuk mencucuk2 tulang..
Selamat pagi.......ada sesetengahnya dah mandi seawal jam 5pg....adusss sejuknye..gggrrrrrr....tp sesetengahnye saja yg tahan lama dlm air, hok lain x sampai 5minit dah balut badan ngan kain tuala...ooooo x tahan sejuk weh... slaps solat subuh, wat sarapan pagi...... pendakian tidak dapat diteruskan ke puncak kerana cuaca tidak mengizinkan. so, siap beg untuk turun...... Perjalanan menuruni gunung itu hanya memakan masa 2 jam setengah sahaja.....tapi kepada sesapa pertama kali menempuh pengalaman ini, fuh teruk jugala.......

Kepada abg2 jurupandu, Jurulatih, penggerak rakan muda dan sume yang terlibat secara langsung dan x langsung, jutaan terima kasih diucapkan bagi menjayakan xpdc ini.....
alhamdulillah...sume selamat dan beazam akan kembali tawan gunung bintang lagi insyaallah..... wassalam.
Khamis, 25 Jun 2009
Perkhemahan & Pengembaraan ARPRM
Pada 18 - 20 Jun lalu telah diadakan perkhemahan dan pengembaraan bagi peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk pingat Gangsa dan Perak. Perkhemahan ini di adakan di Pantai Merdeka Resort......berkhemah tepi pantai la pulak ye.....
Pelbagai aktiviti dilakukan bagi melengkapkan buku log peserta-peserta nie..antaranya pengembaraan (tracking), asas Rekreasi (Orientering) dan Asas Ikatan dan Asas Menyelamat.
Pelbagai aktiviti dilakukan bagi melengkapkan buku log peserta-peserta nie..antaranya pengembaraan (tracking), asas Rekreasi (Orientering) dan Asas Ikatan dan Asas Menyelamat.
Macam biasa, Penggerak Rakan Muda diberi kuasa dan mandat untuk melatu dan mendera bebudak nie...huhuhuhu.......
Hari Pertama : Kraf Perkhemahan & Ice Breaking........mcm2 gelagat peserta bleh kita tengok.
Hari Pertama : Kraf Perkhemahan & Ice Breaking........mcm2 gelagat peserta bleh kita tengok.
Hari Ke 2 : Pagi2 lagi dah kena rendam ngan air laut...pas tu wat Pengembaraan (Kali ni wat Rock Climbing) di persisiran pantai....huhuhu. Sebelah petangnya wat pertandingan orientering.....sian ada peserta yang sesat.....
Hari ke 3: Jogging sihatkan badan...... Asas Ikatan & Pertolongan Cemas.
Terima kasih diucapkan kepada En Sempo Anuar sebagai penyelaras, En Nasarudin Bin Darus Sebagai Jurulatih/ Mentor dan barisan-barisan urusetia yang menjayakan program ini....Yang penting........kita Enjoy!! Jumpa lagi Next Program!!
Selasa, 2 Jun 2009
Kursus Asas Pemanduan Pacuan 4 Roda, Lasor Sik
Pada 28hb lalu, Penggerak rakan Muda Sik (Pn. Asmida) telah mengikuti Kursus Asas Pemanduan Pacuan 4 Roda Peringkat Negeri Kedah di Hutan Lasor, Sik.
Pada 28hb - Pendaftaran- Majlis Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat En. Tajuddin bin Abdullah (Ahli Dewan Undangan Negeri-Belantik)
-Pelepasan Konvoi
-latihan Pemanduan
-Pemanduan malam
29hb - Training-Winching
(Alatan2 winching mengikut kesesuaian keadaan)
- Pokok boleh dijadikan sebagai 'Anchor'
- Kawasan lapang mestilah menggunakan teknik anchor atau menggunakan tali penyentap (snatch Strap)
- Wajib menggunakan sarung tangan kulit
30hb - Konvoi keluar dari kem terus ke KRM baling.
- majlis Penutup.
Pengalaman yang memang best.....
Langgan:
Catatan (Atom)