Isnin, 23 November 2009

KURSUS ASAS SUKARELAWAN MUDA RELA SIRI 1/2009











'SETIA BERBAKTI'
Itulah teriakan semasa majlis penutupan Kursus Asas Sukarelawan Muda Rela Siri 1/2009 yang telah diadakan di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang Melaka. Seramai 4 orang peserta dari Daerah Sik telah terpilih untuk program ini. Pelbagai aktiviti dan latihan telah dijalankan termasuk latihan kawad kaki dan latihan menembak.
Seawal jam 6.30pg para peserta sudah terpacak di padang kawad bagi menyanyikan lagu Negaraku, Ikrar dan Lagu RELA. Para peserta amat bertuah kerana berpeluang menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Pusat Latihan Wilayah Utara, Bukit Selambau. Antara senjata yang digunakan adalah ShotGun (Senapang Patah), M-16 dan Pistol. Peserta menggunakan peluru hidup untuk latihan tersebut. Walaupun hanya 1 minggu berada di Bukit Selambau, Kedah dan Sungai Udang, Melaka ini merupakan pengalaman yang amat berharga bagi peserta2 kursus ini....secara automatiknya kami semua menjadi ahli RELA.
Yang bestnye, geng pompuan sume jadi Dayang Senandung, maklumlah kena berjemur di tengah panas...huhuhu.....
Bagi Jurulatih dan cikgu2 di Pusat latihan RELA Wilayah Utara, kami semua mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kerana mencurahkan ilmu dan panduan kepada kami semua. Segala Jasa dan Pengorbanan semua tidak akan kami lupakan.........

4 ulasan: