Isnin, 12 Oktober 2009

Majlis Sah Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Sik 2009




Pada 14 September lalu, Pejabat Belia dan Sukan telah menganjurkan Program Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat daerah 2009. Seramai 200 Orang peserta telah menyertai program tersebut yang telah diadakan di Masjid Al-Maarif, Jeneri dan dirasmikan oleh YB Mohd Tajudin bin Abdullah (ADUN Belantik). Antara objektif program ini adalah menggalakkan anak muda dan golongan belia untuk menjadikan Ramadhan sebagai titik tolak untuk mempertingkatkan sahsiah dan meninggalkan amalan yang tidak berfaedah dan dimurkai Allah SWT. 10 buah masjid dan surau telah dipilih untuk menjalankan tadarus sepanjang Bulan ramadhan......antaranya :
1. Masjid Al-maarif
2. Masjid Al-halimi
3. Masjid An- Nur
4. Masjid Al-A'la
5. Masjid Al-Islah.
6. Masjid Al-Ehsan
7. Surau Pusat Latihan Keda
8. Surau Rumah Gemilang
9. Surau IKM Sik
10. Surau SMK Chepir.
Terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan program ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan